Gambaran keseluruhan Ekuestrianisme

Seorang penunggang muda dari Tibet. Menunggang kuda adalah kaedah pengangkutan yang wajib di tempat-tempat yang rupa buminya tidak mengizinkan kaedah lain

Kuda dilatih dan ditunggang untuk tujuan-tujuan pekerjaan praktis seperti kerja polis ataupun menggiring haiwan ternakan di ladang. Ia juga digunakan dalam sukan kompetitif termasuklah dressage, lumba kuda lasak, eventing, show jumping, pancang tenda, polo, lumba kuda, dan rodeo. Bentuk-bentuk peraduan yang terkenal dianjurkan di pertunjukan kuda di mana kuda melakukan pelbagai disiplin. Kuda (dan juga saudaranya seperti baghal dan keldai) ditunggang untuk tujuan bukan rekreasi seperti memburu atau bersiar-siar. Di seluruh dunia terdapat kemudahan laluan kuda untuk kegunaan awam; kebanyakan taman, ladang dan kandang awam menawarkan kemudahan menunggang secara terbimbing mahupun berdikari. Kuda juga digunakan untuk tujuan terapi dalam bentuk perlumbaan paraekuestrian khusus mahupun tunggangan bukan sukan untuk meningkatkan kesihatan insan dan perkembangan emosi.

Kuda juga dipandu untuk menarik pedati dalam lumba kereta kuda, di pertunjukan kuda dan jenis persembahan yang lain, baik dalam lakonan sejarah mahupun upacara. Di sesetengah negara, kuda masih digunakan untuk tujuan praktik seperti pertanian.

Kuda masih digunakan dalam perkhidmatan awam: di upacara tradisional (perarakan, pengebumian), polis dan peronda sukarelawan berkuda, serta usaha mencari dan menyelamat.